Sebelum memulakan prosedur pemasangan RO pastikan:
1. Tutup perisian antivirus/firewall termasuk Windows Firewall.
2. Pastikan komunikasi LAN dalam keadaan baik.
3. Pastikan User Access Control (UAC) dimatikan.
4. Pintu pagar dah kunci.
Proses Pemasangan & Konfigurasi:
1. Download Wamp Server dan install. http://www.wampserver.com/en/#download-wrapper
NOTE: Kalau dah ada Wamp sila uninstall dan install yang baru. Make sure pilih samada 32bit atau 64bit mengikut OS Windows anda. Untuk cara-cara installation Wamp sila rujuk web mereka.
2. Pastikan Wamp Server telah pun running dan ikon pada taskbar (sebelah jam) telah berwarna hijau. Rujuk gambar dibawah.
3. Sekarang download RO Private Server pula. Klik link dibawah untuk download latest version:
4. Dah selesai download, extract semua file tu dalam satu folder. Sebagai contoh ni aku letak pada drive E:\ dengan nama folder eAthena\. Lihat contoh gambar dibawah:
6. Kemudian edit fail map_athena.conf guna Notepad juga. JANGAN LUPA SAVE! Rujuk gambar dibawah:
7. Kemudian buka dengan Notepad fail subnet_athena.conf untuk mengubah konfigurasi alamat IP mengikut PC anda. Rujuk contoh gambar dibawah:
Proses Konfigurasi Database
Ok last fail untuk di edit. Macam biasa buka guna notepad fail inter_athena.conf. Bahagian ni untuk setting MySQL database. Untuk tutorial ini penukaran minor sahaja akan ditunjukkan pada konfigurasi. Rujuk gambar perubahan fail dibawah (Atas fail asal, Bawah konfigurasi yang telah diubah).
Selepas tu kita teruskan dengan setting database dengan menggunakan PhpMyAdmin. Untuk mengakses ke PhpMyAdmin:
1. Buka apa-apa web browser (Chrome, Firefox, etc)
2. Taipkan pada URL address: http://127.0.0.1/phpmyadmin/
3. Jika username & password diminta masukkan username 'root' dan password biarkan kosong (Default untuk Wamp).
4. Tekan Enter dan anda sepatutnya akan dibawa ke PhpMyAdmin page. Rujuk gambar dibawah.
5. Seterusnya, klik pada pautan Databases(2).
6. Masukkan nama database baru(3) anda dengan apa-apa nama. Contoh 'ragnarok'. Pastikan konfigurasi untuk nama database pada fail inter_athena.conf adalah sama.
7. Klik butang Create (4).
8. Anda akan dapat melihat database baru (5) telah pun di buat.
Proses mengimpot fail .sql ke dalam MySQL database
1. Buka folder sql-files/ dan didalamnya terdapat banyak .sql fail untuk diimpot. Tapi yang kita nak pakai ada 2 je. Fail tu main.sql dan logs.sql.
Rujuk gambarajah diatas:
(1) Klik pada database 'ragnarok' yang telah anda buat tadi.
(2) Klik pautan 'Import'.
(3) Klik butang 'Choose File' (ayat bergantung pada jenis browser yang anda gunakan).
(4) Pilih fail main.sql dan klik butang Open.
(5) Klik butang Go untuk mengimpot fail sql tersebut ke dalam database.
Ulang langkah yang sama untuk mengimpot fail logs.sql .
Setelah selesai mengimpot fail .sql anda akan dapat melihat table untuk database telah pun dibuat di sebelah kiri panel webpage tersebut. Lihat gambar rajah dibawah:
Sekarang kita perlu securekan database yang ada dengan meletakkan password pada username 'root'. Untuk itu klik KIRI pada ikon Wamp pada taskbar > pilih MySQL > dan klik pada MySQL console. Lihat contoh gambar dibawah:
Setelah itu, satu console akan terbuka. Jika anda telah menetapkan password sebelum ini taipkan pada konsol tersebut. Jika belum teruskan dengan arahan seterusnya. Apa yang perlu dibuat ialah dengan menaip arahan berikut pada console:
user mysql
UPDATE mysql.user
SET Password=PASSWORD("toor")
WHERE User="root";
FLUSH PRIVILEGES;
NOTE: Tekan ENTER untuk setiap line arahan tersebut. Contoh arahan ini akan menetapkan kata laluan sebagai 'toor'. Tetapkan kata laluan ini mengikut kehendak anda.
SO, part untuk database dah selesai.
Konfigurasi untuk RO Client
So, bagi sesiapa yang tak download RO Client lagi boleh lah download dari pautan dibawah:
http://www.reunite-ro.com/cp/index.php?act=download
Download kedua-dua fail Full KRO Client dari website tersebut.
Selesai download, extract file game tu ke mana-mana folder. Sebagai contoh kat sini aku letak di folder E:\RO\ . Lihat gambar rajah dibawah kalau tak paham jugak:
Dalam folder RO yang telah di extract tu, terdapat folder bernama /data/. Folder tu kosong je jadi perlu download fail data secara berasingan. Untuk download fail data sila klik link dibawah:
http://svn.games-service.net/fulldata_v2.rar
Selepas download fail data tersebut, extract ke semua fail masuk ke dalam folder /data/ tu. Fail data anda sepatutnya akan kelihatan seperti gambar diatas.
Setelah itu, di dalam folder /data/ tersebut cari fail bernama sclientinfo.xml dan buka dengan Notepad.
Berdasarkan gambar diatas, alamat IP tersebut boleh jadi alamat IP PC anda (untuk bermain dalam LAN sahaja) atau WAN IP (orang luar boleh connect). Kalau nak tau apa WAN IP anda sila layari web ni: www.ipchicken.com. Setelah itu jangan lupa save fail ni.
Aktifkan Server RO anda
Jadi setelah kesemuanya selesai tiba lah masanya untuk mengaktifkan server RO anda. Pergi ke folder RO Server anda. Dalam tutorial ini folder tersebut ialah \eAthena\. Double-click pada fail bernama runserver-sql.bat untuk mengaktifkan tiga(3) server iaitu login, maps dan character. Rujuk gambar dibawah lokasi fail tersebut.
Jika anda mengikuti tutorial ini dengan betul anda akan dapat melihat skrin loading untuk ketiga-tiga konsol server seperti imej dibawah:
Jom main!
Ok, sekarang server sudah pun run. Pergi ke folder RO client anda. Pastikan anda mempunyai internet akses pada tahap ini. Run fail yang bernama ReUnite RO Patcher.exe untuk mengemaskini fail-fail yang diperlukan untuk bermain RO. Tunggu hingga selesai.
Belum selesai lagi...
[ Tengah menaip ... harap bersabar... ]