Pages

14 September 2012

Cara-cara Setup Ragnarok Private Server

Memandangkan ada masa free dan rasa macam nak main game online klasik ni, some of my friend request untuk cara-cara setup server Ragnarok Online untuk private server. Caranya agak complicated kalau kita baca manual yang disediakan. Cara-cara ini hanya untuk pengguna Microsoft Windows sahaja.

Sebelum memulakan prosedur pemasangan RO pastikan:

1. Tutup perisian antivirus/firewall termasuk Windows Firewall.
2. Pastikan komunikasi LAN dalam keadaan baik.
3. Pastikan User Access Control (UAC) dimatikan.
4. Pintu pagar dah kunci.

Proses Pemasangan & Konfigurasi:

1. Download Wamp Server dan install. http://www.wampserver.com/en/#download-wrapper
NOTE: Kalau dah ada Wamp sila uninstall dan install yang baru. Make sure pilih samada 32bit atau 64bit mengikut OS Windows anda. Untuk cara-cara installation Wamp sila rujuk web mereka.

2. Pastikan Wamp Server telah pun running dan ikon pada taskbar (sebelah jam) telah berwarna hijau. Rujuk gambar dibawah.

3. Sekarang download RO Private Server pula. Klik link dibawah untuk download latest version:

4. Dah selesai download, extract semua file tu dalam satu folder. Sebagai contoh ni aku letak pada drive E:\ dengan nama folder eAthena\. Lihat contoh gambar dibawah:


5. Seterusnya apa yang perlu dibuat ialah membuat sedikit konfigurasi. Ini untuk memastikan client RO boleh connect ke private server ni. Buka folder conf/ dan edit file char_athena.conf menggunakan notepad. JANGAN LUPA SAVE! Rujuk gambar dibawah untuk bahagian yang perlu di edit:


6. Kemudian edit fail map_athena.conf guna Notepad juga. JANGAN LUPA SAVE! Rujuk gambar dibawah:


7. Kemudian buka dengan Notepad fail subnet_athena.conf untuk mengubah konfigurasi alamat IP mengikut PC anda. Rujuk contoh gambar dibawah:




Proses Konfigurasi Database

Ok last fail untuk di edit. Macam biasa buka guna notepad fail inter_athena.conf. Bahagian ni untuk setting MySQL database. Untuk tutorial ini penukaran minor sahaja akan ditunjukkan pada konfigurasi. Rujuk gambar perubahan fail dibawah (Atas fail asal, Bawah konfigurasi yang telah diubah).


Selepas tu kita teruskan dengan setting database dengan menggunakan PhpMyAdmin. Untuk mengakses ke PhpMyAdmin:

1. Buka apa-apa web browser (Chrome, Firefox, etc)
2. Taipkan pada URL address: http://127.0.0.1/phpmyadmin/
3. Jika username & password diminta masukkan username 'root' dan password biarkan kosong (Default untuk Wamp).
4. Tekan Enter dan anda sepatutnya akan dibawa ke PhpMyAdmin page. Rujuk gambar dibawah.


5. Seterusnya, klik pada pautan Databases(2).
6. Masukkan nama database baru(3) anda dengan apa-apa nama. Contoh 'ragnarok'. Pastikan konfigurasi untuk nama database pada fail inter_athena.conf adalah sama.
7. Klik butang Create (4).
8. Anda akan dapat melihat database baru (5) telah pun di buat.

Proses mengimpot fail .sql ke dalam MySQL database

1. Buka folder sql-files/ dan didalamnya terdapat banyak .sql fail untuk diimpot. Tapi yang kita nak pakai ada 2 je. Fail tu main.sql dan logs.sql.


Rujuk gambarajah diatas:

(1) Klik pada database 'ragnarok' yang telah anda buat tadi.
(2) Klik pautan 'Import'.
(3) Klik butang 'Choose File' (ayat bergantung pada jenis browser yang anda gunakan).
(4) Pilih fail main.sql dan klik butang Open.
(5) Klik butang Go untuk mengimpot fail sql tersebut ke dalam database.

Ulang langkah yang sama untuk mengimpot fail logs.sql .

Setelah selesai mengimpot fail .sql anda akan dapat melihat table untuk database telah pun dibuat di sebelah kiri panel webpage tersebut. Lihat gambar rajah dibawah:


Sekarang kita perlu securekan database yang ada dengan meletakkan password pada username 'root'. Untuk itu klik KIRI pada ikon Wamp pada taskbar > pilih MySQL > dan klik pada MySQL console. Lihat contoh gambar dibawah:


Setelah itu, satu console akan terbuka. Jika anda telah menetapkan password sebelum ini taipkan pada konsol tersebut. Jika belum teruskan dengan arahan seterusnya. Apa yang perlu dibuat ialah dengan menaip arahan berikut pada console:

user mysql
UPDATE mysql.user
SET Password=PASSWORD("toor")
WHERE User="root";
FLUSH PRIVILEGES;

NOTE: Tekan ENTER untuk setiap line arahan tersebut. Contoh arahan ini akan menetapkan kata laluan sebagai 'toor'. Tetapkan kata laluan ini mengikut kehendak anda.


SO, part untuk database dah selesai.

Konfigurasi untuk RO Client

So, bagi sesiapa yang tak download RO Client lagi boleh lah download dari pautan dibawah:
http://www.reunite-ro.com/cp/index.php?act=download

Download kedua-dua fail Full KRO Client dari website tersebut.

Selesai download, extract file game tu ke mana-mana folder. Sebagai contoh kat sini aku letak di folder E:\RO\ . Lihat gambar rajah dibawah kalau tak paham jugak:


Dalam folder RO yang telah di extract tu, terdapat folder bernama /data/. Folder tu kosong je jadi perlu download fail data secara berasingan. Untuk download fail data sila klik link dibawah:
http://svn.games-service.net/fulldata_v2.rar


Selepas download fail data tersebut, extract ke semua fail masuk ke dalam folder /data/ tu. Fail data anda sepatutnya akan kelihatan seperti gambar diatas.

Setelah itu, di dalam folder /data/ tersebut cari fail bernama sclientinfo.xml dan buka dengan Notepad.


Berdasarkan gambar diatas, alamat IP tersebut boleh jadi alamat IP PC anda (untuk bermain dalam LAN sahaja) atau WAN IP (orang luar boleh connect). Kalau nak tau apa WAN IP anda sila layari web ni: www.ipchicken.com. Setelah itu jangan lupa save fail ni.

Aktifkan Server RO anda

Jadi setelah kesemuanya selesai tiba lah masanya untuk mengaktifkan server RO anda. Pergi ke folder RO Server anda. Dalam tutorial ini folder tersebut ialah \eAthena\. Double-click pada fail bernama runserver-sql.bat untuk mengaktifkan tiga(3) server iaitu login, maps dan character. Rujuk gambar dibawah lokasi fail tersebut.


Jika anda mengikuti tutorial ini dengan betul anda akan dapat melihat skrin loading untuk ketiga-tiga konsol server seperti imej dibawah:



Jom main!

Ok, sekarang server sudah pun run. Pergi ke folder RO client anda. Pastikan anda mempunyai internet akses pada tahap ini. Run fail yang bernama ReUnite RO Patcher.exe untuk mengemaskini fail-fail yang diperlukan untuk bermain RO. Tunggu hingga selesai.



Belum selesai lagi...

[ Tengah menaip ... harap bersabar... ]

24 March 2012

ShilaOS Linux - Sistem Operasi untuk Peminat Shila Amzah

Baru-baru ini pakar IT kita telah menghasilkan satu sistem operasi berasaskan Linux Ubuntu yang dibernama Shila Amzah Operating System atau nama ringkasnya ShilaOS. Menariknya ShilaOS ini dilengkapi dengan theme Shila Amzah antaranya Wallpaper, bookmark browser untuk pautan ke Twitter, Youtube dan Facebook beliau.

Sistem operasi ini direka oleh peminat fanatik dari kalangan ahli komputer yang kerap terkenal dengan penggodaman laman web. Namun mereka juga mempunyai minat artis mereka tersendiri sehingga terhasilnya sistem operasi ShilaOS ini.

Antara Peminat Setia Shila Amzah dalam penghasilan ShilaOS ini:

WHITECODE MALAYSIAN CREWZ , DragonForce Malaysia , PHANTOMS CREW , RILEKS CREW AND ALL MALAYSIA HACKERZ & DEFACER




Sumber:
https://www.facebook.com/pages/Shila-Amzah-Operating-System/289659697770556
http://sourceforge.net/p/shilaos/wiki/Home/

22 March 2012

Al-Quran - Huruf Alif diganti dengan 1Malaysia?

Sedang membaca post-post member di facebook terpandang sebuah penulisan yang menarik mengenai terdapat cetakan ayat al-Quran yang menggantikan huruf Alif dengan nombor 1 (Satu).

Perkara ini menampakkan sikap jahil dan rendahnya tahap ilmu orang yang melakukannya sebegini terutama sekali pada ayat suci Al-Quran. Logo tersebut tertera pada surah Al-Mulk. Menurut laporan, al-Quran tersebut ditemui di Surau Al-Badar yang terletak dikawasan Lembah Pantai bersebelahan pondok Pekida.


Berikut soalan yang diajukan mengenai isu ini pada facebook Ustaz Azhar dan sememangnya secara logik ianya boleh jatuh kepada haram kerana mengubah kandungan ayat Al-Quran tersebut. Walaupun ianya menjadi simbol sekadar satu huruf sahaja. Ini sangat jelas & terang al-Quran ini dicetak untuk agenda politik tertentu.



Sumber:
http://beritasemasa.com/quran-1malaysia
http://amenoworld.blogspot.com/2012/03/huruf-alif-digantikan-dengan-1malaysia.html

19 March 2012

Pameran Proton Power of One!

Penulis sempat hari ini mengunjungi tapak pameran Proton Power of One yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Berikut beberapa bahan yang sempat dirakamkan.





Untuk album penuh sila layari disini:
https://picasaweb.google.com/103685436436733687906/ProtonPowerOfOne?authkey=Gv1sRgCLLz7Jro-YqbZg

Dakwah - Paul Masuk Islam Dalam Beberapa Minit

Paul memeluk Islam beberapa minit selepas mendengar penerangan dari pendakwah bebas.

Pelumba Basikal dilanggar lari (Proton Saga WCK2290)

Berita mengenai langgar lari oleh pemilik kenderaan WCK2290 telah tersebar luas. Berikutan kejadian itu pihak polis ingin mendapatkan bantuan semua saksi untuk membantu mencari pemilik kenderaan terbabit. Mangsa kejadian dikenali sebagai Rafizi Hamdan, 37 tahun. Berikut adalah maklumat pemilik kenderaan langgar lari tersebut:

No. Plat Kenderaan: WCK 2290
Jenis Kenderaan: Proton Saga 1.5
Nama Pemilik: Yahya Arif Bin Ramli
Alamat: Lot 333, Batu 7 1/2, Ulu Klang, Ampang.




Sumber: http://ondscene.my/kemalangan/pelumba-basikal-maut-dirempuh-kereta-langgar-lari?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pelumba-basikal-maut-dirempuh-kereta-langgar-lari

09 March 2012

Tinggal Ibu Lumpuh Di Hotel Bajet

Tajuk berita dari Surat khabar Kosmo tempoh hari menceritakan segala-galanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...