Pages

24 March 2012

ShilaOS Linux - Sistem Operasi untuk Peminat Shila Amzah

Baru-baru ini pakar IT kita telah menghasilkan satu sistem operasi berasaskan Linux Ubuntu yang dibernama Shila Amzah Operating System atau nama ringkasnya ShilaOS. Menariknya ShilaOS ini dilengkapi dengan theme Shila Amzah antaranya Wallpaper, bookmark browser untuk pautan ke Twitter, Youtube dan Facebook beliau.

Sistem operasi ini direka oleh peminat fanatik dari kalangan ahli komputer yang kerap terkenal dengan penggodaman laman web. Namun mereka juga mempunyai minat artis mereka tersendiri sehingga terhasilnya sistem operasi ShilaOS ini.

Antara Peminat Setia Shila Amzah dalam penghasilan ShilaOS ini:

WHITECODE MALAYSIAN CREWZ , DragonForce Malaysia , PHANTOMS CREW , RILEKS CREW AND ALL MALAYSIA HACKERZ & DEFACER




Sumber:
https://www.facebook.com/pages/Shila-Amzah-Operating-System/289659697770556
http://sourceforge.net/p/shilaos/wiki/Home/

22 March 2012

Al-Quran - Huruf Alif diganti dengan 1Malaysia?

Sedang membaca post-post member di facebook terpandang sebuah penulisan yang menarik mengenai terdapat cetakan ayat al-Quran yang menggantikan huruf Alif dengan nombor 1 (Satu).

Perkara ini menampakkan sikap jahil dan rendahnya tahap ilmu orang yang melakukannya sebegini terutama sekali pada ayat suci Al-Quran. Logo tersebut tertera pada surah Al-Mulk. Menurut laporan, al-Quran tersebut ditemui di Surau Al-Badar yang terletak dikawasan Lembah Pantai bersebelahan pondok Pekida.


Berikut soalan yang diajukan mengenai isu ini pada facebook Ustaz Azhar dan sememangnya secara logik ianya boleh jatuh kepada haram kerana mengubah kandungan ayat Al-Quran tersebut. Walaupun ianya menjadi simbol sekadar satu huruf sahaja. Ini sangat jelas & terang al-Quran ini dicetak untuk agenda politik tertentu.



Sumber:
http://beritasemasa.com/quran-1malaysia
http://amenoworld.blogspot.com/2012/03/huruf-alif-digantikan-dengan-1malaysia.html

19 March 2012

Pameran Proton Power of One!

Penulis sempat hari ini mengunjungi tapak pameran Proton Power of One yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Berikut beberapa bahan yang sempat dirakamkan.





Untuk album penuh sila layari disini:
https://picasaweb.google.com/103685436436733687906/ProtonPowerOfOne?authkey=Gv1sRgCLLz7Jro-YqbZg

Dakwah - Paul Masuk Islam Dalam Beberapa Minit

Paul memeluk Islam beberapa minit selepas mendengar penerangan dari pendakwah bebas.

Pelumba Basikal dilanggar lari (Proton Saga WCK2290)

Berita mengenai langgar lari oleh pemilik kenderaan WCK2290 telah tersebar luas. Berikutan kejadian itu pihak polis ingin mendapatkan bantuan semua saksi untuk membantu mencari pemilik kenderaan terbabit. Mangsa kejadian dikenali sebagai Rafizi Hamdan, 37 tahun. Berikut adalah maklumat pemilik kenderaan langgar lari tersebut:

No. Plat Kenderaan: WCK 2290
Jenis Kenderaan: Proton Saga 1.5
Nama Pemilik: Yahya Arif Bin Ramli
Alamat: Lot 333, Batu 7 1/2, Ulu Klang, Ampang.




Sumber: http://ondscene.my/kemalangan/pelumba-basikal-maut-dirempuh-kereta-langgar-lari?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pelumba-basikal-maut-dirempuh-kereta-langgar-lari

09 March 2012

Tinggal Ibu Lumpuh Di Hotel Bajet

Tajuk berita dari Surat khabar Kosmo tempoh hari menceritakan segala-galanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...