Paga 29 Januari 2012 lepas telah berlangsung satu ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus yang bertempat di Masjid Shah Alam. Dalam masa yang sama juga berlangsung acara Anugerah Juara Lagu ke-26 di TV3 yang kedua-dua acara ini dihadiri oleh ribuan penonton dan peminatnya.
Bagi pandangan penulis, ini memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia lebih banyak sukakan hiburan daripada mendengar ceramah agama yang semestinya ramai lagi rakyat Malaysia kurang ilmu pengetahuan dalam agama yang merea anuti sendiri iaitu Islam.
Keadaan ini menguatkan lagi kata-kata hadis Nabi seperti yang tertulis dalam imej diatas. Malah keadaannya menjadi semakin buruk dan bertambah melalaikan umat Islam itu sendiri. Semakin kita lalai, semakin mudah musuh Islam untuk berjaya memusnahkan agama Islam itu.
Walaubagaimanapun, kita masih boleh bersyukur kerana masih ramai insan-insan yang setia menguatkan iman dan ilmu pengetahuan mereka dengan menghadiri ceramah-ceramah sebegini.
No comments:
Post a Comment