Pages

31 January 2012

Apa yang ada didalam Kaabah?

Pasti ramai yang masih tertanya-tanya apa yang ada didalam Kaabah sebenarnya. Gambar-gambar dan video berikut menjawab segala persoalan.





Video kat bawah ni menunjukan rakaman bagaimana rupa bahagian dalam Kaabah. Apa-apa pun video ni kena skip ke minit 1:37 sebab lambat sangat. Tak tau la macam mana mamat Arab ni boleh lepas rakam. Tapi kalau dah duduk dalam Kaabah sure boleh solat dari mana-mana arah. Satu dunia mengadap kearah tu. Selamat menonton.

Nasihat Daripada Jin Islam

Terbaca dari Facebook wall rakan-rakan dimana dialog daripada Jin Islam yang memberikan nasihat berguna kepada manusia. Jin ini telah merasuk ke dalam tubuh salah seorang dari kumpulan berkenaan. Jin tersebut bertutur dalam bahasa Jawa. Terjemahan disediakan. Jom tengok.

30 January 2012

Ceramah Ustaz Azhar Idurs VS AJL 26th 2012

Paga 29 Januari 2012 lepas telah berlangsung satu ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus yang bertempat di Masjid Shah Alam. Dalam masa yang sama juga berlangsung acara Anugerah Juara Lagu ke-26 di TV3 yang kedua-dua acara ini dihadiri oleh ribuan penonton dan peminatnya.

Bagi pandangan penulis, ini memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia lebih banyak sukakan hiburan daripada mendengar ceramah agama yang semestinya ramai lagi rakyat Malaysia kurang ilmu pengetahuan dalam agama yang merea anuti sendiri iaitu Islam.

Keadaan ini menguatkan lagi kata-kata hadis Nabi seperti yang tertulis dalam imej diatas. Malah keadaannya menjadi semakin buruk dan bertambah melalaikan umat Islam itu sendiri. Semakin kita lalai, semakin mudah musuh Islam untuk berjaya memusnahkan agama Islam itu.

Walaubagaimanapun, kita masih boleh bersyukur kerana masih ramai insan-insan yang setia menguatkan iman dan ilmu pengetahuan mereka dengan menghadiri ceramah-ceramah sebegini.

Anjing Pandai Mengimbang Atas Tali Rantai

Terjumpa plak video cool ni dimana anjing ni pandai mengimbang diri dia atas tali rantai. Rasanya mungkin tuan dia tu kot.

27 January 2012

Evolusi Facebook

Siapa yang tak kenal facebook pada masa kini. Orang Malaysia sahaja lebih 50% ada akaun sendiri malah mungkin lebih dari satu. Setiap tahun kita dapat melihat perubahan yang dilakukan oleh facebook team. Jom tengok perubahan layout profile anda yang mungkin sempat anda lihat:

2004-2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

2011 - Timeline

26 January 2012

Mimpi Dr. Haron Din Bertemu Nabi Muhammad SAW

Sewaktu melayari Facebook terpandang satu video yang sangat menarik yang disampaikan oleh Dr. Harun Din. Dimana beliau telah bermimpi melihat dan bertemu Nabi Muhammad SAW. Mari kita sama-sama dengar.


p/s: Audio pada video ni mungkin kurang jelas bagi yang pakai mono. Sila guna stereo speaker atau stereo headphone untuk dengar dengan jelas. Well, video ni sepatutnya tak perlu letak background muzik sebab tenggelam suaranya.

Fenomena 'Solar Storm' melanda dunia

Baru-baru ini 25 Januari 2012, pihak NASA telah mengumumkan berlakunya fenomena yang dipanggil 'Solar Storm' pada bumi. Dimana keadaan ini berlaku akibat matahari menghasilkan letupan yang sangat besar dalam sejarah sehingga menyebabkan radiasi yang kuat daripada biasa sampai ke atmosfera bumi.



Keadaan ini akan menyebabkan berlaku sedikit gangguan kepada sistem penerbangan dan beberapa fasiliti yang melibatkan penggunaan gelombang.

Sumber:
http://www.reuters.com/article/2012/01/25/uk-delta-idUSLNE80O01K20120125
http://economictimes.indiatimes.com/pictures/videos/pictures/solar-storm-sparks-dazzling-northern-lights/articleshowpics/11637368.cms

Liam Neeson Memeluk Islam?

Bagi peminat filem-filem Hollywood pasti mengenali artis terkenal Liam Neeson. Bagi saya sebagai penulis blog ini beliau sangat sinonim dengan filem Star Wars. Beliau terkenal dengan filem-filem seperti Clash of Titan, The Grey dan banyak lagi.  Heboh diperkatakan beliau telah memeluk Islam dimana beliau mendapat semangat tersebut ketika melakukan kerja di Turki.

Ketika disana beliau kerap mendengar azan 5 kali sehari dan pada awalnya ia sungguh mengganggu tetapi lama-kelamaan dia boleh menerimanya. Seperti ada sesuatu yang menarik membuatkan dia berhasrat untuk memeluk agama Islam.



Liam Neeson adalah penganut dan juga dari keluarga penganut Katolik. Namun seperti ada yang tak kena dalam mencari kebenaran membuatkan dia lebih tertarik kepada Islam.

Seperti biasa kebanyakan orang-orang US pasti tidak menyambutnya dengan professional malah ada yang mengutuk dan mengugut untuk memulaukannya sekiranya dia memeluk Islam. What a short minded of those guy. Dia ada hak untuk tukar kepada Islam.

Sumber:
http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-2091786/Liam-Neeson-considers-converting-Islam-following-trip-Istanbul.html
http://www.heraldsun.com.au/entertainment/confidential/actor-liam-neeson-considering-converting-to-islam/story-e6frf96o-1226254420841

25 January 2012

BlogSerius kena hack!

Semalam terbaca news yang BlogSerius telah diceroboh oleh individu yang tak bertanggungjawab. Difahamkan habis semua info (dari 2009-2010) yang berguna telah dipadam oleh orang yang so call 'penggodam' ni. Very sad to hear that.





Well, semoga blogger yang lain pun terselamat dari penggodam sebegini. Walaubagaimanapun, keselamatan web atau blog mesti lah diambil berat terutama pada kata laluan. Juga jangan lupa, kalau makan kat luar tu berhati-hati nak serve website atau login ke facebook or twitter nanti kene hijack session plak.

18 January 2012

Mesin ATM Failed

Mungkin ramai diantara kita bila pergi mesin ATM nak keluarkan duit tiba-tiba terpapar pada skrin error yang tak sepatutnya keluar. Dan error tu mungkin membuatkan anda terfikir adakah selamat duit aku? atau nampak macam familiar je error tu? Windows? So, gambar-gambar kat bawah ni mungkin situasi yang pernah kita jumpa samada di Malaysia atau di luar negara.






Teknologi HAARP di seluruh dunia

Baru-baru ni kita digemparkan dengan bunyi misteri yang mungkin datang dari langit atau perut bumi. Ada juga yang mengesyaki ia berpunca dari program HAARP ini. Dinegara lain ia dikenali dengan pelbagai nama, namun fungsinya tetap sama untuk penyelidikan perubahan dan mengawal cuaca. Tahukah anda HAARP ini bukan sahaja berada disatu kawasan sahaja malah diserata dunia. Gambar-gambar dibawah menunjukkan penggunaan HAARP dari pelbagai negara:





Peta dibawah menunjukkan lokasi teknologi HAARP ini digunakan:


Juga video HAARP program ini dijalankan. Kemungkinan dari kawasan Amerika Selatan.

Ketahui Umur Kucing Anda

Pasti ramai yang bela kucing kan? Mari kita tengok berapa umur kucing kita kalau buat perbandingan dengan umur manusia.

Kemalangan di Melaka

Beberapa hari lalu terjadi kemalangan di Melaka. Lokasi tak pasti. Apa-apa pun kita boleh lihat sikap rakyat Malaysia ketika dijalan raya. Kemalangan ni melibatkan 3 buat motosikal dan sebuah kereta.



Kemalangan ini mungkin disebabkan kereta tersebut ingin melepasi lampu isyarat yang telah bertukar kuning atau melanggar lampu isyarat tersebut. Motosikal tersebut samada bergerak lebih awal atau mungkin juga melanggar lampu isyarat. Well, anda boleh menilai sendiri.

Wikipedia Ditutup 12 Jam Sebagai Protes SOPA, PIPA

Well, ketika menulis blog ni Wikipedia English telah ditutup untuk tempoh 12 jam kerana membantah perundangan SOPA. Terdapat juga beberapa website lain yang mengikuti jejak Wikipedia ini. Check it out.


Sekiranya anda berada di US atau VPN ke US, Google juga turut serta dengan bantahan tersebut.


Walaubagaimana pun pengguna masih boleh mengakses paga Wikipedia English tersebut dengan memasang plugin/extention NoScript. Lol.. Untuk mengetahui lebih lanjut apa SOPA, PIPA ni klik kat link dibawah:
http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:SOPA_initiative/Learn_more

Apakah itu SOPA?
PROTECT IP / SOPA Breaks The Internet from Fight for the Future on Vimeo.

p/s: Akta undang-undang baru tu hanya berlaku di US sahaja.

Fenomena Bunyi Misteri di Seluruh Dunia



Beberapa minggu pertama dalam bulan Januari 2012 ini kita telah digemparkan dengan bunyi misteri yang tidak dapat dipastikan dari mana datangnya bunyi tersebut. Bunyi yang seakan-akan tiupan dari hull disertai beberapa bunyi seperti letupan kecil. Walaubagaimanapun telah timbul pelbagai teori dari seluruh dunia mengenai fenomena aneh ini. Antaranya:

1. Petanda Yakjuj & Makjuj nak keluar (Gog & Magog)
2. Terjadinya pergerakan plat besar bawah tanah atau Post Glacial Rebound (PGR)
3. Kesan kajian dari projek besar US - HAARP
4. Video yang dipaparkan telah disunting (fake video).
5. Kesan bunyi dari microphone pada alat kamera atau bunyi orang berdengkur.
6. Projek rahsia dari bawah tanah yang dilakukan oleh organisasi tertentu.
7. Ada juga mengatakan its from UFO. Lol..

Well, belum dapat dipastikan apakah ia. Walaubagaimana pun, bagi umat Islam ia mungkin salah satu petanda bahawa kita sudah pun berada di penghujung zaman.

Sokong EPL FC paling corot!


Di Malaysia ni EPL sangat popular especially bagi peminat M.U, Chelsea, Arsenal dan banyak lagi. Ada diantaranya fanatik gile sampaikan ia jadi isu sensitif kalau kena bahan dengan member. Wth. Well, kenapa kita perlu sokong kumpulan Football club yang cap ayam? Basically:

1. Kita tak perlu pening kepala team ni menang atau kalah.
2. Kita tak perlu susah payah bangun pagi buta nak tengok perlawanan yang kita dah tau resultnya.
3. Menang atau kalah diorang punya hal.

Just kidding, no offense!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...