Pages

26 January 2012

Liam Neeson Memeluk Islam?

Bagi peminat filem-filem Hollywood pasti mengenali artis terkenal Liam Neeson. Bagi saya sebagai penulis blog ini beliau sangat sinonim dengan filem Star Wars. Beliau terkenal dengan filem-filem seperti Clash of Titan, The Grey dan banyak lagi.  Heboh diperkatakan beliau telah memeluk Islam dimana beliau mendapat semangat tersebut ketika melakukan kerja di Turki.

Ketika disana beliau kerap mendengar azan 5 kali sehari dan pada awalnya ia sungguh mengganggu tetapi lama-kelamaan dia boleh menerimanya. Seperti ada sesuatu yang menarik membuatkan dia berhasrat untuk memeluk agama Islam.



Liam Neeson adalah penganut dan juga dari keluarga penganut Katolik. Namun seperti ada yang tak kena dalam mencari kebenaran membuatkan dia lebih tertarik kepada Islam.

Seperti biasa kebanyakan orang-orang US pasti tidak menyambutnya dengan professional malah ada yang mengutuk dan mengugut untuk memulaukannya sekiranya dia memeluk Islam. What a short minded of those guy. Dia ada hak untuk tukar kepada Islam.

Sumber:
http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-2091786/Liam-Neeson-considers-converting-Islam-following-trip-Istanbul.html
http://www.heraldsun.com.au/entertainment/confidential/actor-liam-neeson-considering-converting-to-islam/story-e6frf96o-1226254420841

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...